Harga TPScore
Pelan Keluarga TPScore — RM10 Sebulan
Satu langganan untuk sehingga 3 anak. Akses latihan, kuiz dan Report Card yang membantu ibu bapa melihat topik yang perlu diberi perhatian.
Pelan Bulanan
Pelan Keluarga
RM10
/ bulan
Akses latihan, kuiz dan Report Card untuk sehingga 3 profil anak.
Daftar dan AktifkanApa yang termasuk dalam Pelan Keluarga
Akses latihan dan kuiz TPScore
Sehingga 3 profil anak
Report Card mengikut subjek dan topik
Analisis topik yang perlu diberi perhatian
Cadangan latihan berdasarkan kelemahan anak
Satu langganan untuk sehingga 3 anak
Bagaimana TPScore berfungsi?
1. Daftar akaun ibu bapa
Daftar akaun dan aktifkan Pelan Keluarga dengan pembayaran RM10.
2. Tambah profil anak
Pilih tahun dan subjek yang ingin dipantau.
3. Anak jawab latihan
TPScore menyimpan jawapan dan mengira prestasi.
4. Lihat laporan kelemahan
Parent boleh nampak topik yang baik, perlu latihan atau lemah.
Nilai Langganan
Kenapa RM10 Sebulan?
TPScore bukan koleksi latihan yang disiapkan sekali dan dibiarkan begitu sahaja. Langganan bulanan membantu kami memastikan kandungan dan sistem terus diselenggara, dikembangkan dan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Soalan baharu, bukan set yang sama
Bank soalan akan terus ditambah supaya anak mendapat lebih banyak latihan dan tidak terhad kepada set soalan yang sama setiap bulan.
Kandungan sentiasa ditambah baik
Soalan sedia ada boleh disemak dan diperbaiki dari semasa ke semasa bagi meningkatkan mutu, kejelasan dan pengalaman pembelajaran.
Sistem terus diselenggara
Langganan membantu menampung penyelenggaraan sistem, pelayan, keselamatan, pembaikan ralat dan penambahbaikan fungsi TPScore.
Berbanding bayaran sekali
Bahan bayaran sekali biasanya memberikan kandungan yang tersedia ketika dibeli. Model langganan TPScore membolehkan kandungan dan fungsi terus berkembang sepanjang keluarga anda menggunakannya.
RM10 sebulan memastikan TPScore terus berkembang bersama pembelajaran anak.
Dalam Perancangan
Analisis Pintar dengan Kecerdasan Buatan (AI)
Pada masa hadapan, kami merancang untuk menggunakan kecerdasan buatan bagi membantu ibu bapa memahami Report Card anak dengan lebih mudah dan menentukan fokus latihan seterusnya.
Fungsi ini masih dalam perancangan dan akan dibangunkan secara berperingkat.
Menganalisis corak prestasi berdasarkan Report Card
Mengenal pasti topik dan kemahiran yang memerlukan perhatian
Mencadangkan keutamaan latihan berdasarkan prestasi anak
Memberikan gambaran perkembangan pembelajaran yang lebih mudah difahami
Kenapa bukan sekadar workbook?
Soalan Lazim
Bagaimana cara mengaktifkan langganan?
Daftar akaun dan buat pembayaran RM10. Selepas pembayaran disahkan, langganan akan diaktifkan.
Berapa lama langganan aktif?
Setiap pembayaran RM10 mengaktifkan Pelan Keluarga selama satu bulan.
Boleh tambah berapa anak?
Pelan keluarga menyokong sehingga 3 profil anak.
Apa yang termasuk dalam langganan?
Langganan memberi akses kepada latihan, kuiz dan Report Card untuk sehingga 3 profil anak.
Mulakan TPScore untuk anak anda
Daftar dan aktifkan Pelan Keluarga untuk mula melihat prestasi anak mengikut subjek dan topik.
